Jumaat, 11 Mac 2016

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bismillahirrahmanirrahim.Salam perkenalan buat semua. Kami pelajar dari POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH mendapat tugasan yang bertajuk TEKNOLOGI DNA MENGIKUT AL-QURAN DAN SAINS.Kami dari kumpulan TEKNOLOGI DNA  dan nama ahli kumpulan ialah Najiha Binti Rizal,Fatin Nor Adilah Binti Md Nor,Nas Aini Safi Binti Nasarudin dan Nursyaminzurin Binti Saadin.Kami dari kelas DKA2A.



PENGENALAN                                             


    Biologi merupakan kata pinjaman bahasa Inggeris, iaitu biology: Perkataan ini dari bahasa Greek: ß???, bios, "Kehidupan"; ?????, logos, ‘kata’. Biologi adalah cabang ilmu yang berkaitan dengan ilmu alam termasuklah kajian tentang organisma serta kehidupan, struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi, pengedaran dan taksonomi hidup (Truman, 1924). Biologi menurut Wikipedia (2011) bermaksud bidang sains tulen yang mengkhusus kepada pembelajaran mengenai kehidupan dan organisma hidup. Artikel ini membincangkan al-Quran dari sudut biologi. Fakta biologi telah disebut dalam alQuran yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu yang dibuktikan tepat oleh para saintis hari ini. Memandangkan definisi biologi yang luas mencakupi manusia, haiwan dan tumbuhan yang boleh dipecahkan kepada banyak cabang ilmu yang lebih khusus seperti embriologi, botani, zoologi dan sebagainya, maka artikel ini akan memfokuskan kepada biologi molekul yang mencakupi genetik dan sel selain biologi umum yang tidak termasuk dalam mana-mana cabang ilmu yang disebutkan. Antara subtopik yang akan dibincangkan adalah kepentingan air kepada setiap benda hidup. Pentingnya air kepada kewujudan sesuatu entiti telah dibuktikan secara saintifik. Sains moden membuktikan bahawa sitoplasma yang merupakan bahan asas dalam pembinaan sel adalah terdiri daripada 80% air. Seterusnya, kewujudan mikroorganisma yang telah diceritakan dalam al-Quran. Mikroorganisma memainkan peranan yang sangat penting dalam keseimbangan alam kerana mereka bertanggungjawab menyediakan keperluan sumber mineral dan makanan kepada semua hidupan. Mikroorganisma juga bertanggungjawab menguraikan benda mati kepada mineral untuk diserap oleh tumbuhan dan seterusnya menjadi sumber makanan kepada haiwan dan manusia. Artikel ini juga akan membincangkan tentang pengaturcaraan genetik yang dikawalselia oleh DNA. Menariknya, huruf yang mewakil DNA dan RNA muncul bersebelahan dalam al-Quran. Seperti juga DNA, huruf yang mewakili hemoglobin dan besi juga boleh didapati bersebebelahan dalam al-Quran. Kedua-dua molekul ini bertanggungjawab mengangkut oksigen dalam darah. Akhir sekali, artikel ini juga akan membincangkan cap jari manusia yang merupakan ciri yang sangat unik kepada setiap individu. Tiada manusia di dunia yang mempunyai dua cap jari yang sama termasuklah kembar.

                                       
APA MAKSUD TEKNOLOGI DNA ? 


   Asid Deoksiribonukleik atau nama singkatannya DNA merupakan sebatian kimia yang kompleks iaitu karbon, hidrogen, oksigen dan fosforus yang ditemui di dalam nucleus setiap sel yang membawa maklumat yang diperlukan untuk perkembangan seseorang individu. Dengan kata lain DNA bermaksud proses mengenal pasti profil atau identity seseorang berdasarkan kaedah saintifik.
   DNA terdiri daripada unit-unit nukleotida. Setiap unit nukleotida mengandungi tiga molekul asas iaitu gula deoksiribosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat yang terangkai bersama. Satu molekul DNA boleh mengandungi antara empat hingga lima juta unit nukleotida
   Berdasarkan model yang dicadangkan oleh James Watson dan Francis Crick (1953), struktur molekul DNA terdiri daripada dua baris nukleotida yang tersusun dalam bentuk heliks ganda dua dan diikat antara satu sama lain dengan sepasang bes bernitrogen. Struktur heliks ganda dua ini membolehkan DNA diperduakan semasa pembahagian sel. Penduaan ini memastikan setiap gen tidak berubah semasa pembahagian sel, dan sel zuriat adalah serupa. Jumlah DNA yang terkandung dalam satu kromosom adalah tetap.

   Pada umumnya bahan-bahan yang boleh digunakan dalam analisis DNA adalah terhad kepada bahan-bahan biologi semulajadi. Berikut adalah senarai bahan-bahan biologi yang mana DNA telah berjaya diasingkan dan dianalisis :

1. Darah dan kesan darah
2. Air mani dan kesan air mani
3. Tisu
4. Tulang dan organ
5. Rambut / bulu yang mempunyai akar

   Bahan-bahan biologi yang lain seperti air liur, air kencing, air mata dan peluh boleh juga dianalisis sekiranya mempunyai DNA yang mencukupi. Oleh kerana DNA adalah bahan biologi ia akan mudah terurai atau rosak jika sumber-sumber tersebut terdedah kepada haba, kelembapan dan bakteria.

KEPENTINGAN DNA
Pemprofilan DNA adalah satu kaedah yang digunakan secara meluas dimakmal-makmal forensik diseluruh dunia. Ia digunakan bagi menentukan samada sesuatu bahan bukti biologi yang ditemui ditempat kejadian jenayah mempunyai hubungkait dengan suspek atau tidak. Kaedah mengenalpasti identiti ini juga dipergunakan kepada penentuan hubungan kekeluargaan, mengenalpasti status anak yang dicurigai dan kes-kes jenayah seperti rogol dan pembunuhan.

KEBURUKAN DNA
1. Manipulasi gen dalam bidang pertanian dan penternakan akan menghasilkan haiwan dan tumbuhan transgenik yang bermutu tinggi. Tetapi masalah sosial dan ekonomi akan timbul jika tidak ada pengawalan daripada pihak yang bertanggungjawab.

2. Teknologi DNA akan akan memberikan kita pemahaman yang lebih mendalam tentang diri kita. Namun begitu akan ada pihak yang akan menyalahgunakan pemahaman ini yang boleh menimbulkan banyak isu moral yang kontroversi seperti percubaan untuk menentukan keadaan rupa bentuk fizikal dan mental seseorang manusia.

3. Negara yang maju akan menggunakan kemajuan teknologi ini untuk meningkatkan mutu populasinya, seterusnya akan menggunakan kelebihan ini untuk mengawal seterusnya menindas Negara-negara yang lemah.


Al-Quran saintifik menyingkap penciptaan manusia dan haiwan


Ramai beranggapan bahawa saintis Barat merupakan golongan yang menyingkap rahsia penciptaan alam, manusia dan juga haiwan. Namun begitu, ia adalah anggapan yang salah. Sains dan teknologi serta fakta-fakta saintifik seperti proses kejadian alam semesta dan proses kejadian manusia telah lama terkandung di dalam Al-Quran dan hadis. Firman Allah dalam Surah Fusilat Ayat 53:

             سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ ۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?

Ini juga dapat dilihat didalam Surah Al-Baqarah ayat 117:

           
                            بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَإِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia.
Allah SWT telah berfirman didalam Surah Yaasin ayat 36 bahawa semua kehidupan di alam semesta ini dicipta secara berpasang-pasangan, baik dari alam, tumbuhan, manusia, haiwan, hidupan seni dan lain-lain makhluk yang tidak kita ketahuinya.

                                    


Fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian Manusia.

   Dalam Bahasa Arab, manusia disebut Al-Basyar dan perkataan yang sama maksud dengannya ialah An-Nasi dan Al-Insan. Kajian sains moden menjelaskan bahawa tubuh badan manusia mengandungi unsur-unsur yang sama seperti yang terdapat pada tanah, namun sukatannya berbeza-beza. Antara unsur-unsur tersebut ialah oksigen (45,000 gram), Hidrogen (800 gram), Kalsium (1,000 gram), kabrit (175 gram), sodium (105 gram), Klorin (140 gram), ferum (4 gram), iodine (0.3 gram) dan magnesium (0.02 gram). Dengan ini telah dapat dibuktikan bahawa manusia berasal dari tanah.

Hujah berkenaan manusia berasal dari tanah dapat dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah yang berbunyi : "Sesungguhnya Allah menciptakan Adam dari gumpalan tanah yang diambil dari seluruh tempat yang ada di bumi..."(perlukan pengesahan bahawa hadis ini sahih)

Jenis-jenis tanah yang dijadikan sebagai bahan mencipta Nabi Adam ialah :
 - Tanah Baitulmaqdis (Palestin) – Kepala
Sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal.

 -Tanah bukit Tursina (Mesir) – telinga
Sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat.

-Tanah Iraq- dahi

Sebagai tempat sujud kepada Allah

-Tanah Aden (Yaman)- Muka
Sebagai tempat berhias dan kecantikan

 -Tanah Telaga Al-Kautsar-Mata

Sebagai tempat menarik perhatian.
 -Tanah Kaabah (Makkah)- tangan kanan

Sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama

-Tanah Paris (Perancis)- Tangan Kiri

Sebagai anggota untuk melakukan Istinjak

-Tanah Khurasan (iran)- perut

Sebagai tempat berlapar

-Tanah Babylon (Iraq)- kelamin

Sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta godaan syaitan.

-Tanah Tursina (Mesir)- tulang

Sebagai peneguh manusia

 -Tanah India – Kaki

Sebagai anggota berdiri dan berjalan

-Tanah Firdaus (Syurga)- Hati

Sebagai tempat keyakinan, keimanan dan kemahuan

-Tanah Taif (Arab Saudi)- Lidah
Sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah, syukur dan doa.

Ketika Allah menjadikan tubuh Adam, tanah dicampurkan dengan air tawar, masin dan hanyir beserta api dan angin. Kemudian Allah resapkan Nur kedalam tubuh Adam dengan pelbagai “sifat”. Lalu tubuh adam digenggam dengan genggaman Jabarut dan diletakkan di dalam Alam Malakut. Tanah itu dicampurkan lagi dengan istilah wewangian dan ramuan dari Nur-sifat Allah dan dirasmi dengan “Bahrul Uluhiyah”. Kemudian, tubuh tersebut dibenamkan dalam “Kudral I’zzah” iaitu sifat “Jalan dan Jammal” lalu disempurnakan tubuh tersebut.

                      





FAKTA TENTANG KEJADIAN HAIWAN:
  Al-Quran meletakkan haiwan pada kedudukan yang lebih rendah dibandingkan dengan manusia. Walaupun begitu, al-Quran menegaskan kepada setiap Muslim untuk memperlakukan haiwan dengan rasa belas kasihan dan tidak menganiaya mereka.

  Haiwan beserta makhluk lain dipercayai sentiasa memuji Allah walaupun perkara ini tidak dinyatakan sebagaimana yang manusia lakukan.Manusia dan haiwan sangat berkait rapat dalam proses meneruskan kehidupan seharian.

  Hikmah Allah menciptakan haiwan di muka bumi ini adalah :
1. Sebagai satu syarat bagi manusia menyempurnakan ibadat kepada Allah S.W.T (ibadah qurban dan aqiqah)

2. Sebagai sumber makanan manusia.

3. Sebagai kenderaan untuk pelbagai tujuan dan juga berjihad di jalan Allah. (cth: Unta untuk membawa barang dagangan dan Kuda untuk ditunggang dijalan Allah)

4. Sebagai lambang mukjizat para nabi dan Rasul (Seperti Nabi Sulaiman AS yang dapat memahami percsakapan haiwan)

5. Sebagai sumber rezeki (menternak lembu/kambing)

KEJADIAN MANUSIA:

1) Al-Quran Menerangkan proses kejadian manusia

                                                             ثُمَّخَلَقْنَاالنُّطْفَةَعَلَقَةًفَخَلَقْنَاالْعَلَقَةَمُضْغَةًفَخَلَقْنَاالْمُضْغَةَعِظَامًافَكَسَوْنَاالْعِظَامَلَحْمًاثُمَّأَنْشَأْنَاهُخَلْقًا آخَرَ ۚفَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
(Surah Al-Mukminun Ayat 14)
Ertinya:
Kemudian Kami ciptakan (campuran) air benih(1) itu menjadi sebuku darah beku(2), lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging(3), kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang(4), kemudian Kami baluttulang-tulang itu dengan daging(5), setelah sempurna kejadian itu kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat(6) keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
Al-quran telah menceritakan langkah demi langkah tentang kejadian manusia dalam perut ibu, sedangkan manusia pada ketika itu tidak tahu apa yang terjadi didalam perut seorang wanita yang mengandung. Semua kronologi di bawah dibuktikan saintis hanya pada awal 1920-an.

1)Fertilization
-Persenyawaan antara dua benih.

2)Embryogenesis(hari ke 3-7)
-seketul darah terbentuk, melekat pada dinding uterus, hasil persenyawaan.

3)Embryo (minggu 5)
-Daging Embryo mula terbentuk. Jantung, hati, paru-paru, tunas kaki dan tangan mula terbentuk.

4)Embryo (minggu 8)
-Tulang-tulang tangan, kaki, dan kepala mula membentuk.

5)Fetus (minggu 20)
-Otot dan kulit mula terbentuk membaluti tubuh fetus.

6)Fetus (minggu 35-40)
-Bayi sudah berevolusi dengan sempurna. Diberi deria rasa, dengar & lihat(mata bertindak balas)

2) Air Mani penentu jantina bayi dalam kandungan


                                                       
(Surah An-Najm; ayat 45-46)

Ertinya:
Dan bahawa sesungguhnya, Dialah (Allah) yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan, Dari (setitis) air mani (Lelaki) ketika dipancarkan (Kedalam rahim)

Menurut kajian sains moden, jantina bayi dalam kandungan ibu ditentukan dengan kromosom yang dibawa air mani lelaki.Ovum (telur/benih) wanita mempunyai XX kromosom, manakala air mani lelaki mempunyai XY kromosom.Setiap manusia mempunyai satu kromosom dari ibu dan satu kromosom dari ayah.
 XYkromosom dari sperma (air mani lelaki) akan bercerai dan bercantum dengan salah satu kromosom ovum (benih wanita).
Jika kromosom X dari sperma bercantum dengan Kromosom X dari ovum menjadi XX kromosom, maka bayi perempuan akan membesar.

 Jika Y kromosom dari sperma bercantum dengan X kromosom dari ovum menjadi XY kromosom, maka bayi lelaki akan membesar.
Kromosom-kromosom ini dijumpai oleh Nettie Stevens dan Edmund Beecher Wilson pada 1905.(1273 tahun selepas kewafatan Rasulullah (632M))


3) KEWUJUDAN DNA SEBAGAI INFORMASI GENETIK

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا ۗ وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا

(Surah Al-Furqan Ayat 54)

Ertinya:
Dan Dialah tuhan yang menciptakan manusia dari air (mani) lalu dijadikannya mempunyai titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan) dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).

Tahukah anda bahawa DNA diturunkan dari generasi ke generasi, dan dengan DNA lah kita boleh memberi jawapan kepada kita tentang siapa ibu bapa genetik kita, siapa nenek moyang kita keturunan kita dan sebagainya ?

 DNA membawa informasi genetik yang dipanggil Genes, didapati dari keturunan kita (ibu-bapa-nenek-datuk-moyang). DNA mengandungi hidrogen, oksigen, nitrogen, karbon, dan fosforus.

 DNA mula dijumpai oleh Friedrich Miescher pada tahun 1869 dan kemudian dikaji lagi oleh William Astbury(1937) dan James D. Watson & Francis Crick (1953). (1237 tahun selepas kewafatan Rasulullah (632M))
 


















KEJADIAN HAIWAN
1) Haiwan Berasal dari Air

                       


(Surah An-Nur Ayat 45)

Ertinya:

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Cc kucing klon pertama di dunia

Kolej Perubatan Veterinar di A & M Texas merupakan salah satu kolej veterinar terbesar di dunia yang terkemuka dalam aspek penjagaan haiwan dan penyelidikan.
Anak kucing betina yang berusia genap dua bulan dua hari yang dikenali sebagai Carbon Copy atau ringkasnya Cc adalah spesies mamalia keenam yang terhasil daripada teknik pemindahan nuklear yang digunakan untuk menghasilkan Dolly.
Jika dibandingkan dengan spesies haiwan-haiwan yang diklon sebelum ini, kadar kejayaan pengklonan kucing begitu rendah.
Cc, anak kucing spesies berbulu pendek, merupakan yang julung kalinya berjaya dihasilkan daripada 87 embrio kucing yang diklon dan diimplan ke rahim ibu tumpang.
Walaupun secara genetiknya Cc umpama kembar seiras dengan gen kucing yang diklonkan yang dikenali sebagai Rainbow, namun ia tidak memiliki banyak persamaan.
Paling ketara ialah corak pada bulunya.
Ini kerana, sebahagian daripada corak bulu kucing klon itu ditentukan oleh gen, manakala sebahagian lagi bergantung kepada persekitaran semasa ia membesar dalam rahim.
Apa pun, Cc yang comel kelihatan begitu bertenaga dan sihat ketika dilahirkan dengan memiliki warna bulu yang unik dan menarik.
Cc dilahirkan pada 22 Disember tahun lalu oleh ibu tumpang yang dikenali sebagai Allie, iaitu 66 hari selepas embrionya dipindahkan.
Anak kucing betina ini dihasilkan daripada DNA seekor kucing betina dewasa yang mempunyai corak bulu seperti cengkerang kura-kura yang kemudiannya disuntik ke dalam sel-sel telur yang telah dikorek di mana bahan nukleusnya telah dikeluarkan.
Telur tersebut menunjukkan tanda-tanda positif selepas mendapat rangsangan elektrik dan diimplan ke dalam ibu tumpangnya yang berbulu belang.
Eksperimen tersebut yang dilaporkan dalam jurnal Nature dibiayai oleh seorang pakar kewangan, John Sperlin, 81, yang akan mengenakan bayaran ke atas mana-mana pemilik haiwan pemeliharaan yang ingin mengklonkan haiwan peliharaan mereka.
Mungkin ramai beranggapan pengklonan kucing ini sebagai satu cara bagi pemilik kucing menggantikan kucing kesayangan mereka.
Namun, kelahiran Cc sebagai eksperimen juga mendapat perhatian kumpulan-kumpulan kebajikan haiwan.
Pertubuhan Perlindungan Kucing United Kingdom menyatakan pengklonan bukanlah jawapan untuk menggantikan haiwan peliharaan yang hilang atau mati.
Malah, ketua eksekutifnya Derek Conway mengatakan pengklonan kucing mengganggu proses semula jadi dan menimbulkan persoalan serius sama ada haiwan peliharaan dapat digantikan dan hanya dijadikan sebagai satu perniagaan.
Pengklonan merupakan salah satu kaedah bantuan reproduksi yang tidak ada banyak bezanya dengan permanian beradas tiruan (artificial in semination) dan tabung uji (in vitro fertilization) di mana kedua-dua kaedah ini juga mengundang kontroversi pada peringkat awal ia diperkenalkan.

Klon Monyet Tunggal
Saintis di Health Services University di Oregan telah mengklon monyet yang dinamakan sebagai Netti dan Ditto. la merupakan kejayaan tunggal kerana cubaan untuk mengklon golira dan campanzi tidak berjaya dilakukan.
 


TEKNOLOGI DNA TUMBUHAN
 Teknik pengklonan dalam tumbuhan melibatkan penggunaan keratan batang suatu tumbuhan dalam pembiakan aseks, misalnya pokok bunga raya, tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan tumbuhan induk dihasilkan melalui pambahagian sel secara mitosis.
Teknik pengklonan dalam haiwan dapat menghasilkan selumpulam klon yang menyerupai induknya dalam semua aspek; klon yang dihasilkan akan mempunyai kandungan genetik dan bilangan kromosom yang sama antara satu sama lain dan juga dengan induk.
☺ Kebaikan pengklonan:
    a) ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan.
    b) bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam mas ayang singkat untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
    c) klon tumbuhan berbunga dan berbuah dengan lebih cepat. (Tumbuhan yang ditanam daripada biji bernih mengambil masa yang panjang unutk tumbuh dan menghasilkan buah) Tempoh matang klon lebih awal daripada induk dan dengan ini mengurangkan masa serta  menjimatkan tenaga unutk penjagaan rapi pada peringkat muda.
    d) menjamin keseragaman baka yang baik; spesies daripada baka yang baik dan bermutu tinggi dapat digunakan untuk meningkatkan mutu hasil tanaman.
    e) pengklonan dalam tumbuhan melibatkan pembiakan vegetatif dan oleh itu, tidak memerlukan agen pendebungaan serta boleh dilakukan pada bila-bila masa.
keburukan pengklonan:
    a) klon-klon mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya sstu klon diserang penyakit atau perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap serangan penyakit atau perosak tersebut, juga akan mati dan menyebabkan kepupusan spesies itu.
    b) pengklonan dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal, maka, jika persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin musnah.
    c) bagi teknik kultur tisu, bukan semua sel atau tisu boleh diklonkan.

    d) klon tidak menujukkan variasi dari segi genetik.


MITOSIS

    Semua organisma multisel bermula daripada satu sel tunggal iaitu zigot yang seterusnya membahagi dan membentuk dua sel,kemudian empat sel,lapan sel, enam belas sel dan seterusnya. Prosees pembahagian sel itu dikenali sebagai mitosis.
 Bagi manusia, mitosis (pembahagian sel )daripada zigot menghasilkan embrio yang terus membahagi berulang kali semasa perkembangan dan pertumbuhannya sehingga menjadi babi yang sempurna untuk dilahirkan. Bayi yang dilahirkan sererusnya mengalami pembahagian sel untuk pertumbuhan dan perkembangan sehingga menjadi dewasa. Pembahagian akan sentiasa berlaku untuk memastikan organisma itu dapat membaiki sel yang rosak dan menggantikan sel-sel yang mati.
 Pembiakan aseks bagi organisma unisel melibatkan pembahagian sel, misalnya Amoeba membiak secara aseks secara belahan dedua untuk menghasilkan dua sel baru yang seiras dengan induknya; setiap sel baru berkembang dan menjadi organisma Ammoeba yang menyerupai induknya.


KITAR SEL
☼ Sel mengalami satu kitar hidup bermula dari peringkat satu sel sehinggalah ke peringkat di mana sel ini dibahagikan dan menghasilkan dua sel anak, kitar hidup ini disebut kitar sel. (Bagi manusia, kitar sel berlangsung selama 8 hingga 24 jam) 
☼ Setiap kitar sel bagi sesuatu organisma terdiri daripada 2 fasa:
    a) interfasa
    b) fasa M/pembahagian sel (mitosis diikuti sitokinesis berlaku)
☼ Peringkat interfasa :
    -juga dikenali sebagai peringkat rehat.
    -merankumi 90% daripada kitar sel.
    -peringkat sebelum mitosis bermula.
    -sel menggandaduakan bahan genetiknya sebagai persediaan unutk pembahagian sel.
    -dibahagikan kepada 3 subfasa iaitu:
        a)G1 (pertumbuhan pertama)  - pertumbuhan sel dengan penghasilan protein serta organel baru.
        b)S (sintesis)  -sintesis DNA berlaku dan kromosom mereplikasi.
        c)G2 (pertumbuhan kedua)  -sel menjalankan respirasi secara giat unutk menghasilkan banyak tenaga untuk pembahagian sel yang bakal berlaku dan membentuk organel baru.
    - pada peringkat akhir interfasa, nukleus kelihantan besar, kromosom tidak jelas kelihatan dan menyerupai bebenang halus yang panjang (jalinan kromatin).
☼ Proses mitosis boleh dibahagikan kepada 4 fasa /peringkat iaitu :
    a)profasa
-profasa awal 
    i)kromosom menebal dan memendek dan menjadi jelas kelihatan.
    ii)sentriol bergerak ke kutub yang bertentangan dalam sel haiwan.
-profasa akhir
    i)kromosom kelihatan terdiri daripada dua bebenang yang seiras yang dinamakan kromatid. Kedua-dua kromatid dicantum di tengah oleh sentromer.
    ii)membran nukleus terurai.
    iii)nukleous hilang.
    v)gentian gelendong terbentuk.
    v)kromosom bergerak ke satah Khatulistiwa.
    b)metafasa
    i)kromosom tersusun secara rawak dalam satu barisan di tengah sel (Khatulistiwa)
    ii)sentromer pada setiap pasangan kromatid membahagi dua.
    c)anafasa
    i)gentian gelendong mengecut.
    ii)kromatid berpisah dan tertarik ke kutub sel yang bertentangan dengan sentromer bergerak dahulu.
    d)telofasa
    i)kromosom sampai di kutud bertentangan dan menjadi bebenang halus seperti asal.
    ii)gentian gelendong mulai menghilang.
    iii)membran nukleus dan nukleous terbentuk semula.
☼ Sebelum mitosis bermula, sel berada dalam peringkat interfasa.
☼ Fasa telofasa diikuti oleh sitokinesis untuk menghasilkan dua sel anak. Sitokinesis yang berlaku pada sel haiwan dan sel tumbuhan adalah berlainan. Perbezaan sitokinesis antara sel haiwan dan sel tumbuhan adalah seperti berikut.
    -sel haiwan
        -Sitokinesis berlaku melalui pencerutan membran plasma di bahagian tengah sel;pencerutan akan berlaku sehingga dua sel anak terbentuk.
    -sel tumbuhan

        -Sitokinesis bermula dengan pembentukan plat sel di tengah-tengah sel plat itu terus berkembang ke arah luar sehingga sampai di membran plasma dan menjadi lengkap apabila dinding sel baru terbentuk di antara dua nukleus baru.





Teknologi Genetik



Mengikut pendapat para ulama islam
Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti kata yang lain, dalam Islam, wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal terbatas. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Apa-apa konklusi yang bercanggah dengan dasar-dasar wahyu dianggap sebagai konklusi sains yang salah dan apa-apa yang selari dengannya bolehlah diterima. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah al-Jathiyah ayat 20, “Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.”

Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.


Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang bermaksud:

"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar mengubahnya."

Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, mengubah ciptaan Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia



Model DNA
Model Struktur DNA yang dicadangkan oleh James Watson dan Francis Crick (1953) adalah seperti berikut.
Asid nukliek terdiri daripada subunit-subunit kecil nukleotida iaitu :-
* kumpulan fosfat
* nukleotida tanpa kumpulan fosfat dikenali sebagai nukleotida* kumpulan gula pentosa, gula ribosa dan deoksiribosa* bes nitrogen purin dan pirimidina
2. Timina (T)
3. Sitosina (C)
4. Guanina (G)
* Purin (ada 2 cincin) terdiri daripada adenina dan guanina.
* Pirimidina (1 cincin) terdiri daripada sitosina, timina dan urasil.

4 komponen bes nitrogen pada DNA iaitu :-
1. Adenina (A)
* Pada RNA timina diganti dengan Urasil (U).
Ciri-ciri utama model Watson dan Crick ialah
1. DNA terdiri daripada 2 bebenang polinukleotida yang bergelung untuk menghasilkan bentuk heliks ganda dua.
2. Dua bebangan polinukleotida itu terdapat dalam arah yang bertentangan (5’-3’ dengan 3’-5).
3. DNA mempunyai tulang belakang gula-fosfat ikatan fosfodiester dan pada bahagian tengahnya terdapat pasangan-pasangan bes A-T dan G-C. Pasangan ini diikat oleh ikatan hidrogen.
4. Dupleks DNA mempunyai diameter 20 Å. Pasangan bes pada DNA disusun dalam jarak 3.4 Å antara satu sama lain. Satu pusingan penuh heliks berjarak 34 Å dan mengandungi 10 bes.

5. Segmen molekul DNA mempunyai alur major yang berselang dengan alur minor.
HUKUM ISLAM
Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud,".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah
"Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al Baqarah : Ayat 229)
“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” Surah Al Ma’idah : 45
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al Ma’idah : 47
Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim (yakni menghentikan kezalimannya) serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan (membencikan) hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati (mengutuk) engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka (Bani Israil).” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.
Saidina Abu Bakar berkhutbah ketika mula dilantik menjadi khalifah, yang antaranya bermaksud ".....Maka jika aku istiqomah di atas KEBENARAN, tolong ikuti aku, tetapi jika aku keliru maka luruskan diriku......" (Tartib wa Tahdzhib kitab Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir) 
KESIMPULAN
Kedatangan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia serba sedikit membawa natijah dan kebaikan yang membawa manfaat kepada manusia dalam dari segi politik, ekonomi, pentadbiran dan pendidikan. Dengan sains manusia boleh mereka cipta pelbagai benda-benda yang menguntungkan manusia, boleh meningkatkan taraf kemajuan dalam sesebuah Negara. Namun begitu, jangan kerana manusia terlalu bergantung dan manja dengan sains dan teknologi manusia jadi malas dalam melakukan pekerjaan harian yang tidak memerlukan mesin atau benda yang canggih. Jadi, dalam sesuatu kajian sains hendaklah mengimami wahyu agar tidak mudah terpesong dari landasan Islam dan hendaklah dalam sesuatu kajian itu berdasarkan al-Quran dan Hadis.